Masuk hari ni dah 2 hari kita menyambut tahun baru hijrah. tahun baru yang sebenar bagi kita umat Islam.
Tahun baru kali ini begitu menarik perhatian saya kerana beberapa hari sebelum itu kita juga sebagai rakyat Malaysia terutama kaum Tiong-Hua sama-sama menyambut tahun baru. Tahun Baru Cina.
Terdetik dihati saya untuk cuba membezakan apakah perbezaan diantara kedua-dua sambutan tahun baru itu.
Sudah nyata lagi bersuluh. Perbezaannya jelas ketara. Seluruh dunia juga meraikanya.
Rata-rata anak-anak muda kagum dan gembira dengan ‘pertunjukan’ bunga api yang dimainkan oleh kaum Cina.
Pesta disana sini. Sebagai contoh, saya ambil keadaan di Danga Bay, Johor Bharu. Kelihatan orang berpusu-pusu entah kemana hala tuju. Pertunjukan Musik oleh band-band, pertandingan karaoke, dan tak kurang juga yang berkapit sana sini.
Itu baru keadaan di Danga Bay.
Cuba pula kita renung apa yang berlaku kat pub-pub, disko-disko, kelab-kelab?
Seorang teman menceritakan kepada saya pengalaman pertamanya masuk DISKO!.
Suasananya tak perlu diceritakan lagi. Jika kita pernah melihat suasana disko dalam cerita-cerita melayu saban hari kita tentu dapat bayangkan. Namun, bagi yang belum pernah menjejakkan kaki, perlu diingat, suasananya jauh berbeza dngan apa yang dialami secara realiti.
Hanya tuhan yang tahu. Dengan asap rokok memenuhi ruang udara menggantikan gas oksigen untuk paru-paru, ditambah pula dengan bunyi bingit lagu-lagu, nyanyian band, hiruk pikau ‘penghuni’ dan macam-macam lagilah. Untuk hidangan pertama semasa melangkah masuk, kita di’tayangkan’ secara percuma remaja-remaja perempuan yang berpelukan dengan pasangan lelakinya yang jauh lebih tua umurnya. ditangan kiri, segelas Carlsberg, untuk diminum supaya hilang perasaan malu dan sebagai menyeronokkan lagi permainan. Di tangan kanan, terselit sebatang rokok untuk dihisap. Supaya nampak lebih ‘power’?
Tak habis dengan itu, pelayan datang menanyakan pesanan.
Menu pertama ditanya ialah carlsberg, gelas atau jug. termanggu seketika. Bagi Coke sajalah. Ok. RM22 segelas. Kenapa? terkejut? Itulah realitinya. Sebesar-besar ruang dan sebanyak-banyak meja yang ada kat dalam tu, hanya meja teman saya sahaja berhidangkan air Coke! Semasa nak minum, terlihat pula logo Carlsberg kat gelas. Lalu gelas tersebut ditolak perlahan-lahan ke tengah meja. Nak minum dah tentu tidak. Cuba order air mineral. Harganya cuma RM12 sahaja. Kalau beli kat kedai harganya RM1.20 sebotol. Tak kisah. janji boleh masuk DISCO!
Ini hanya suasana di Johor Bharu. Salah satu negeri paling maju dalam malaysia.
lalu apakah peranan kerajaan? jawapanya…. ada.
Dihidangkan pula konsert-konsert untuk rakyat jelata.
….dan apa pula yang terjadi pada malam sambutan Tahun Baru Maal Hijrah?
jawapanya tiada apa-apa. jawapan ini hanyalah dari saya secara zahir.
Namun saya percaya DISCO-disco dan kelab-kelab malam masih meriah.
lalu apa pula peranan kerajaan? jawapanya tetap ada. tapi apakah jawapanya? entah.
Pada malam tahun baru Maal Hijrah, kebetulan saya tiada apa-apa program. jadi hanya duduk kat bilik. Layan tv. saluran tv masih menayangkan cerita Cina memandangkan tahun baru cina masih baru disambut. saya bosan. tukar saluran tv Indonesia. Siaranya hanyalah siaran biasa. Ceramah agama. tentu sekali bosan, kan?. namun, saya tetap menonton siaran tersebut. bukan kerana saya alim atau wara’ tetapi tertarik dengan cara dan kaedah yang dipersembahkan.
Ceramah dibuat betul-betul di tengah bandara Jakarta. Secara terbuka. dan penceramahna tak lain tak bukan ialah Ustaz A A Gym dan Ustaz Jefri. saya percaya ramai dikalangan saya yang selalu menonton siaran Indon, pasti kenal dengan ustaz-ustaz ini. Ceramah diselangi dengan nyanyian nasyid kontemporari. Kalau kat malaysia, orang paling sesuai ialah Ustaz Akhil Hai Rawa. Nyanyiannya betul-betul syahdu. Menginsafkan…. saya begitu tertarik…
Lalu, saya terdetik ingin mem’blog’kan kisah ini disini. sebagai peringatan kepada kita semua. Malaysia yang konon-kononnya sebuah negara Islam dan bezanya dengan dengan Negara jiran yang kuat pegangannya namun belum berani mengiystiharkan negara mereka sebagai negara Islam. lalu, apa pula komen kita? komen kat bawah, ok?