Archive for July, 2005

28
Jul

attention!!

wireless? internet? kolej 14?
apahal ni… janji nak sediakan perkhidmatan wireless kat kolej…

tu
semua keluhan-keluhan yang gua dengar daripada student yang duk kat
kolej gua.. banyak lagi, tapi tak eloklah kalo nak letak banyak2 kat
sini. nanti kena ban, gua gak yang susah. jadi apa yang gua dapat tahu
ialah student yang bertanggungjawab menjaga menda alah tu (pada
semester lepas) tak dapat dihubungi buat masa sekarang. so, sekarang ni
pihak pejabat tengah carik dia la. student tu dulu duk kat tingkat 5
blok x1. kalo nak tahu lebih detail bolehla baca notis dia kat papan
notis aras 2 bok X1 tu haa… Baca jer kat situ..

k. bye.

28
Jul

e-learning?

e-learning?

hai…nampaknya sumer student tengah sibuk ngan e-learning sekarang ni. sana-sini cakap pasal e-learning. naik muak dah aku dengar.
padahal benda tu bukan apa pun. bagi aku cukup hanya sorang je yang download nota2 kat dalam tu dan print dan photostat seberapa banyak yang mahu. simple kan?
tapi itulah realitinya. benda baru. kemaruk lagi.
anyway, banyak gak problem gua dapat tahu. komen dari student, komen dari lecturer, driver bus pun ader gak. nama takder dalam listla. padahal dah register subject. selmarin lak, ada dengar lecturer komen2. salah satunya daripada lecturer gua sendiri. En. Azam. Kesian dia. Nota2 Kajian Kos yang dia letak kat situ didapati dah hilang. hilang entah kemana. mungkin adala kat sudut mana2 dalam internet tu. katanya ad sekumpulan manusia yang kenakan dia. entahla. ada gak ker budak2 yg dengki ngan dia. dia tu lecturer yang baik, tau tak. kesian. sabar je lah en. azam.
satu lagi hal, pasal lecturer gak. lecturer nilah sebenarnya yang handle e-learning ni. kesian dia. sistem belum stabil. banyak la bugs2. jadi dia pun banyakla dapat komen2 dan pertanyaan dari semua pengguna e-learning ni. bayangkan, nak jawab sumer soalan tu. mana mampu kan. letih la.. nak tahu tak? haa… lecturer tu dia mengajar Pengurusan Maklumat. Pn. Kherun Nita.
oklah, penat ni. (asyik penat je). mana taknya, malam tadi gua ada buat performance Rebana Ubi kat Kolej 5 (KTDI). Sempena Majlis Pengenalan Kelab2. Tangan pun dah sakit2 ni. lama tak main… oklah gua tangguh sini lah dulu. ada masa gua upload gambar2 kat sini. k.

02
Jul

Bola vs Geng

Sehari suntuk duk tengah padang… maklumlah…. perlawanan bola sepak ari ni. walaupun liga kampung jer, tapi ramai gak yang power main. itu yang gua heran tu. kampung gua dah lama takder game2 macam ni. bukan apa, sebab padang2 semua dah hilang. kerna disitu nilainya pembangunan. apapun, tahniah kepada kumpulan 1 kerana memenangi perlawanan dan kumpulan tujuh [ato] memenangi tempat pertama keluar padang. :p. kalah menang sudah adat. yang penting semangat kesukanan dan juga persahabatan. kita dapat kita aman harmoni kerana pemuda2 kita semua bersatu hati. jika tidak masakan perlawanan hari ni dpt sambutan yang amat menggalakkan. bayanglah, hampir seratus orang pemuda dalam satu kampung sahaja keluar bermain. seolah-olah hari ini adalah hari perhimpunan pemuda kampung Tebing Tinggi. Tahniah semua…tidak ketinggalan walau seorang pun duduk kat rumah. memang diakui bukan semua bermain kerana dua-tiga orang tu injured, kaki patah, tangan patah belum sembuh dek kerana lumba haramnya, [begitulah seadanya]. tapi masih ada yg babil [berani sahut cabaran]- ngah. malah dapat pula menjaringkan gol buat pasukan walaupun dia tahu kakinya dah ber’besi’. jatuh tersungkur adat bola sepak. cakap, siapa yg tak jatuh. takde.
pemenang dapat membawa balik dua biji hamper, gua dapat satu hamper sahaja [dikongsi-kongsi dapatla secebis sorang] dan sehelai seluar jersi pendek [hmm lawa gak, colour pun lawa]. tapi bukan itu yang kita mahu, itu barangkali sudah menjadi nombor dua. yang utamanya ialah jalinan persahabatan. sebelum ini kalau tak berapa mesra, hari ini jadi sekepala. yang kenal boleh jadi kamceng. gua sendiri pun hampir-hampir tak ingat wajah dua tiga orang. dek kerana lama duk kat ipt tapi hari ni dapat kongsi gelas minum air yang dimenangi..
hmmm… itu jelah kot… penat ni. gerenti, malam ni tidur nyenyak tak ingat dunia la. kalau ada sesapa call gua ajak keluar, pasti akan ditolak. sori beb, penat ni. sorila. ek.. [hahahaha] esok untunglah tokei kedai urut. hahahah..

Now Playing: OASIS - Stand By Me.