Archive for August, 2005

24
Aug

1,2,3,a,bc..

..//hari ni, Isnin. Kelas Pengurusan Maklumat Pn. Khairun Nita takder. Confirm takder. [Minggu lepas pun confirm gak, tapi ader] tapi kali ni confirm betul la. Kelas dia ganti hari khamis. seksyen satu ngan 2 akan digabungkan. ntahla kenapa. 2-3 minggu ni dia asyik takder kat UTM. sakit ker?
anyway, walaupun hari ni takder kelas, gua tetap tido awal malam tadi. pukul 3. [awal ker?] ye la. balik tengok match antara chelsea ngan arsenal pun dah kul satu. sampai bilik lebih kurang kul 1.30. masuk bilik bukan terus tido pun. lepak-lepak dulu…borak-borak dulu….yela….ramai member gua tak suka chelsea dan gua pulak fan chelsea. tu yang masing-masing tak puas hati kat gua. masakn tak, dah chelsea menang lagi. menang lagi, menang lagi. baru jer minggu lepas, si Arsenal tu kalah ngan Chelsea. kononnya malam tadi nak balas dendam. tak tahu ker, chelsea skang dah power. kehkehkeh… nasib korang la yang sokong arsenal. walaupun begitu, tak bermaksud gua tak minat Arsenal. Minat gak terutama si Henry tu. power si badigol tu. 2-3 kali gak dia shoot terus ke gol. tapi tak masuk la… anyway, bola, memang tak habisnyer kalo nak tulis kat sini.
pagi tadi, awal-awal lagi bangun, kemas bilik, sapu-sapu sikit. lantai yang bertikar getah tu dah berhabuk sangat dah. dengan rambutnyer, dengan kertasnyer, dengan debunyer. maklumla…bilik tak ubah bagai markas. ader jer orang datang lepak. pasal apa ek? pasal bilik gua kat depan sekali ker? rasanyer tak gak. sebab semester lepas bilik gua kat hujung sekali. sama gak. asyik penuh jer… kalo pasal makanan, tak mungkin. bilik gua hanya ader air kosong, sama ngan oat satu tin. susu satu botol ngan milo satu tin. tapi diorang bukan datang kacau air pun. datang bawak makanan ader la. si Mamat tu, tak kacang, cekedis yang dibawaknyer. hmm…ntahla… mungkin komputer kot…. komputer? apa bilik orang lain takder komputer? atau mungkin sebab komputer gua leh main game2 power, l;eh tengok tv, leh tonton dvd, [apa lagi ek?]. ha’ah. ye la tu. bilik senior yang kat ujung tu, siap buat LAN lagi. apasal tak pegi sana jer….
anyway, walau apa sebab pun yang gua bagi, masih tak dapat jawab persoalan tu. sebab aper. persahabatan. ianya senang dicari. tapi kalo tak kena cara, sampai bila pun tak akan dapat. percaya tak. kalau kita bersikap sombong, dan bermegah nescaya kita yang akan rugi bukan orang lain. mungkin sebab itulah bilik gua selalu penuh. sebab kawan, member, adik, abang, teman, kamceng, sahabat, taulan,bla..bla..bla… itulah yang menghidupkan gua selama ini. bersahabtlah dengan sesiapa sahaja. tak kira dia baik ataupun jahat. dan jangan sesekali kita MAKAN KAWAN. ya. memaang tak dapat gua akui. gua penah kena. dalam ramai-ramai member yang selalu datang bilik la… biarjelah. benda dah berlalu.
so, semalam Chelsea menang 1-0 ke atas Arsenal. pagi tadi, lepas nagun, terus mandi dan turun baca paper jap. pastu terus datang pusat komputer dan compose email kepada boss tempat kerja. mr. kelvin wong. n then baru tulis blog. lepas ni nak pegi makan kat Taman Teratai. Kedai yang selalu gua pegi makan . Gua tak kenal pun nama tokey kedai tu. tapi gua panggil kedai tu kedai Makcik Hujung. sebab kedai dia kat hujung. kesian tengok dia. takder orang. kedai Abang Man, toksah cakap la. dia dah kaya dah gua rasa skang ni. aritu gua makan kat kedai tengah tu. tapi sejak tahu satu rahsia tu, gua terus pindah makan kat kedai makcik hujung. skang ni kalo tgh hari carik gua kat situ la. makcik tu pun dah kenal dah gua ngan member2 gua yang lain. bila nampak kitorang pegi jer… tergambar senyuman dibibir. gembira dengan kedatangan kitorang. [rezeki,rezeki]. kehkehkeh…

07
Aug

Malam Pertama Gua

Semalam gua dah start kerja. first day. hmm, okla. walaupun kaki agak lenguh, sebab kena berdiri jer selama lapan jam. tambah pulak kena jaga satu rak jer… boring gak la…. tapi itulah kerja seorang promoter. tanyala sapa-sapa pun yg penah kerja as promoter.
hari pertama lagi gua dah berdepan ngan cabaran yg besar. mana taknya, weekend. ramaila yg keluar shopping. kalo orang lain gua tak kesah, tapi budak-budak UTM!! huhuhu… Kena tebal muka la semalam. En. Azam (lecturer Kajian Kos) pun ada datang gak. Felo kolej pun datang gak!!!! sempat lagi dia datang borak ngan aku pulak tu… maluu beb… tapi apa boleh buat… hari first… lama-lama okla…
secara keseluruhannya bagi gua, kerja sebagai promoter ni bolehla kalo sebagai part-time.

p/s: malam tadi Chelsea lawan Arsenal. yes, Chelsea menang lagi. menang lagi! menang lagi! keputusannya 2-1. Telah ku jangka Kelab kesukaanku akan menang. Kedua-dua jaringan adalah hasil kerja Drogba. kalo tak silap, pada minit ke-8 dan 58. cayalah. chelsea memang power. tapi apapun gua juga minat gak Arsenal tapi malam tadi oleh kerana dia bertemu ngan kelab kesayangan gua, jadi Arsenal kena terima hakikat. buat peminat arsenal, ( terutama sepu ngan Mat Gap ) korang jangan ambik hati, Arsenal dah main ngan baik terutama si Henry. Dia main dengan bagus semalam. walaupun cubaannya tidak masuk tapi agak menarik jugala… n then, gol arsenal gua tak ingatla nama penjaring. tapi gol yang terhasil adalah hasil sepakan yang agak penjuru sikit. cantik gak..

p/p/s: semalam, lepas balik tengok match antara Chelsea ngan Arsenal, gua terus balik bilik. Ingat nak balik tido terus sebab esok pagi kelas start pukul 8. Kelas Pengurusan Maklumat. Tapi bila gua bukak tv, adalak cerita best tayang kat tv semalam. Saluran RCTI jer(Indon). nak tak nak, terpaksala gua tengok. habis cerita, sedar tak sedar jam dah kul 3. alamak, dah lewat dah ni. nak mandi lagi, nak kemas buku lagi. cincai-cincai pukul 4 gak la baru dapat tido. tido pun kejap jer. lepas subuh gua tido balik. lepas set alarm kat pc, gua sambung tido balik. tepat 7 suku alarm berbunyi. apalagi gua bangun dan tutup alarm and then sambung tido balik. mengantuk beb. ingat nak sambung kejap jer. tapi sedar tak sedar bila gua bangun, jam dah pukul 8. apalagi terkejut la. tapi gua cuba kontrol relax. (konon2nyala) try hantar sms dulu kat budak2 ni, tanya diorang kelas ada tak. tapi masih takder jawapan. nak tak nak, terpaksala bangun dengan perasaan yg AMAT malas…. (macamla hari2 biasa rajin) lepas mandi gua terus pecut motor ke kelas. sampai jer kat depan kelas, budak2 ni cakap kelas batal. sebabnya Puan Kherun nita tak sihat. ARGHH!!!!!! dahla minggu lepas dah tak dapat join kelas dia, minggu ni pun tak dapat gak!!!! MENYESAL BANGUN AWAL!!!!

02
Aug

hari ni takder apa-apa yg menarik utk dikongsi.
ntahla.
mungkin gua masih menunggu wireless masuk kat bilik. boring dah tunggu
lama-lama. ingat nak update layout blog ni sikit. tambah apa-apa yang
menarik. biar lebih berguna. (err..sebelum ni tak berguna ker?)
ooo
ya… gua ingat. dalam dua-tiga hari kebelakangan ni gua sebuk ngan
satu menda tuh.. hikhikhik, kerja;kerja;kerja. dah cuba pegi mintak
dekat giant, dekat jusco.. skang nih tengah tunggu diorang panggil
jelah. harapan gua ; semoga dapat kerja tu. supaya senang gua nak
upgrade pc gua nanti. harharhar. ok lah. gua nak balik dulu.

p/s:
hari ni bangun kul 7, mandi2 dan bertolak ke fakulti. sebab kelas mula
pukul 8. pukul 8, gua sampai, terserempak ngan jeniffer, katanya kelas
tunda ke pukul 11. arghhh!!!! buang karan tul… kalo tido kan best….
so, daripada balik kolej, gua ingat nak masuk lab jap. main nagn
internet sambil tunggu kelas start. tapi mawardi lak call ajak makan.
pegi jelah…. pastu kitorang berpecah. dia pegi pusat com, gua datang
lab. sejam kendiannyer, sambil syok layan forum, tut—tut—tut— you
got 5 messages. lepas tu gua bukak la…

"kls kherun nita btl.Cnfir
m. yehaa… :D.
Bgtau yg lain k.

sender:
Mawardi."

arghhh!@!!!!!

02
Aug

Jadual

Jadualframe_copyNi ialah jadual harian gua. Mudah untuk gua refer nanti..